
Berakhir sudah
musim orientasi for two weeks. Minggu pertama macam best sebab banyak
melibatkan kerja secara berkumpulan. Kena pegi present kat depan la.. apa la..
Nak2 yang belum pegang mic before this tetiba kena berucap kat depan. Muka
kalau ditoreh waktu tu confirm tak berdarah. Bibir jadi kaler biru air laut.
Hari first
sekolah tu pegi sekolah abah dulu sebab daftar kul 9. Then Eyra tumpang skali
duk situ. Pastu nak dekat kul 9 tu tumpang Mc Waa, sebab dia drive sendiri
alang2 nak ke sekolah. Masuk dalam kete semua gelak sebab macam tak caya je
sekarang dah bertukar kain kaler biru ke kaler hitam. So, lepas ni kena ah
berlagak cool je en. Hewhew.
Sampai kat
sekolah, orang dah agak ramai le gak. Orang laki yang duk berkumpul kat garaj
motor pakat duk ‘wu.. wu.. wu..’ apa motif pun haku taktau ah. Masuk dalam dewan. Ye. Aku dah nampak geng
skolah PJ. Lepas daftar apa semua tu, Pkah and Eyra pulak tak bawak sijil
berhenti sekolah dan apa dokumen lagi. Kena pegi amik balik. Aku tumpang skali
sebab dah lama gila kot tak pegi PJ.
Dalam banyak2
slot sepanjang orientasi tu kan,
aku paling suka slot “True Colours” sebab ada game yang melibatkan semua
pelajar PRA-U. Dalam game tu, semua pelajar kena buat satu bulatan aje dan cikgu bagi
satu kertas untuk buat rocket. Lepas tu, pakat kena tutup mata sebab salah
sorang yang cikgu sebut nama tu kena pusing bulatan tersebut dan letak rocket
tu di belakang orang yang banyak menghiburkan dan menjadi pendengar setia kita
selama ni. Dan aku dapat tiga rocket haritu. Yang aku tau satu dari Eyra, satu
dari Pkah dan satu lagi.. ehem. Takleh ah gitau. Rahsia2. Ehek. Memang tak caya
gila kot. Kenapa aku yang dipilihnya. Dan tiba giliran aku, aku letak rocket tu
belakang Eyra. Dah menjadi satu tanggungjawab dalam hidup aku. Hahahaha.
Kalaulah cikgu bagi banyak rocket tu kan,
tentu ah nak letak kat semua besties aku tapi takleh, cuma satu saja. Dan satu
rocket tu untuk Eyra.
Dah dapat masuk
kelas, 6 UMT. Sebenarnya dapat 6 Unisza tapi aku turun ke 6 UMT sebab taknak
amik Sejarah. Kelas tu wajib amik Geografi dan Sejarah. Tau tak wajib. Memang
bengang semacam. Masa pegi mintak tukar kelas dengan cikgu tu kan, dia tanya kenapa dan apa sebab aku nak
turun kelas. Aku cakap ah terus terang yang aku taknak amik Sejarah. Lepas tu
ada kawan aku yang sorang lagi nak turun gak, then cikgu tanya Sejarah masa SPM
awak tu dulu dapat berapa. Dia cakap ah dapat B+. Cikgu terus tak bagi dia turun sebab result
Sejarah tu dah kira okey sangat la untuk duduk kelas 6 Unisza. Tapi memang
nasib baik ah cikgu tak tanya Sejarah aku dapat berapa, kalau aku cakap memang
confirm ah dia tak bagi aku turun sebab Sejarah aku pun dapat B+ gak. Hahahaha.
Tapi sekarang ni serious. Aku pening gila. Masa kat sekolah haritu cikgu suruh
aku amik Geografi pulak padahal dia dah tau aku amik apa.
“Awak ni dah
le S.U, tapi tak amik Geo. Awak bersusah payah menaip itu ini untuk kajian luar
tapi tak pegi.”
Cikgu. Sekiranya
saya ini Albert Einstein atau seorang yang genious atau sape sape je ah, sudah
pasti saya akan amik kesemua subjek. Tapi.. saya tau saya tak mampu. Saya hanya
saya. Sekiranya saya bertekad jugak amik Geo, maknanya saya akan amik 6 subjek
termasuk MUET sedangkan paling maximum pelajar harus amik 4 je. Lepas tu dengar
akak senior cakap bila dah jadik S.U, memang jarang ah masuk kelas sebab kena
menaip itu ini dan cikgu.. itulah jawapan saya. Kalau cikgu nak amik orang lain
pun jadik S.U, saya langsung tak kisah malah lagi lega macam dah lepas bayar
hutang sepuluh ribu. Tapi andainya cikgu tetap mahu menggunakan khidmat
cemerlang saya ni, boleh. Tapi dengan syarat cikgu mesti bawak saya skali untuk
join kajian luar, panjat gunung Kinabalu, menyelam di Pulau Perhentian dan
sebagainya dan seharusnya saya tak perlu mengambil geo dan hanya goyang kaki
pegi sana. Disebabkan saya bersusah
payah menaip itu ini dan cikgu patut beri habuan sikit. Segala kos pegi sana ditanggung percuma.
Hahahahaha <--- anak murid paling jahat.
Oh ye. Nak tau
tak. Kebelakangan ni aku rasa macam kebetulan aje. Jumpa dengan ‘madu’ kat
sekolah. Then sorang lagi ‘madu’ baru masuk minggu lepas. Hahahahaha. Statement
aku macam baru lepas kena cerai aje. Kahkah. Yang sorang tu aku dah kenal tapi
yang sorang lagi yang baru masuk tu, jumpa jugak aku dengan dia. Dah lima tahun kot aku
teringin nak tengok dia dan sekarang.. yeay! Dah jumpa. :p Apa yang aku boleh
cakap, madu madu aku semuanya comel belaka. Hahahaha. Kau hado?
Tapi kan. Dah menjadi
kebiasaan untuk orang lain membanding-bandingkan dengan dieorang. Even dieorang
tak cakap depan-depan, tapi dari renungan dieorang tu aku dah tahu la. Sekejap
pandang aku sekejap pandang madu. Kann. Tapi aku tak kisah pun semua tu. Janji
jangan buat aku dengar kisah lalu. Jangan sesekali pun ungkit depan aku. Aku
tak kisah pun kalau nak citer ke apa janji aku tak dengar semua tu. Please. Aku
tak suka orang macam ni. Aku ulang sekali lagi jangan sesekali ungkit kisah
lalu kalau taknak haku hangin satu badan. Then kita boleh berkawan baik.
InsyaAllah, jika semua perkara yang disebut kat atas tu tak jadi bahan bualan.
Okay!
Macam apa yang
Aini cakapkan dekat status beliau, ye aku tak nafikan. Sama macam aku. Aku pun
bukannya reti bergaul dengan orang yang aku belum kenal dengan rapat, just malu
dan segan lebih lebih lagi dengan madu aku sendiri. Wahahaha. Tapi yang
peliknya, dekat facebook boleh pulak gurau gurau segala bagai. Siap buat smiley
lagi ha. Kahkah. Tapi dekat luar, bila dah face to face, macam patung cendana
jadiknya. Dengan orang lain tak pulak haku jadi macam ni. Tapi bila dengan
madu, perghhh terus bertukar tindakan refleks.
Kay ah. Cukup
untuk harini. Malas nak menaip. Assalamualaikum. Peace yo :)

Kelmarin dulu, 1 May. Semalam 2 May. Harini 3 May.
Harini nak citer pasal kelmarin dulu. Taknak citer pasal harini sebab takde apa yang menarik pun nak diluahkan. Kay straight to the point. Kenapa dengan kelmarin dulu? Ye sebab hari 1 May saya dah hampir2 gerak ke Temerloh for PLKN. Saya story dari awal.
Nak dekat pukul 8, saya dah bertolak ke rumah tokwan kat kampung sebab nak hantar kembars tersayang disana. Oh ya. Saya belum cite apa apa lagi pasal the kembars tu kan? Wait, coming soon saya buat entry khas untuk kembars. Hantar awal kembars kat rumah tokwan sebab kul 0830 saya dah kena ada kat sana. So nak sampai ke Stadium Mini Kampung Raja tu adalah nak dekat setengah jam perjalanan. Tapi tak sampai pun setengan jam kalau kereta ada lapan tayar. Kereta apa yang ada lapan tayar?
Bila nak sampai rumah tokwan, air mata dah mula slow2 nak kuar. Saya peluk adik kembar erat, sebab yang kakak kembar, mama yang dukung. Jadi saya dukung yang adik. Saat perpisahan terakhir saya dengan kembars, saya peluk cium pipi diaorang silih berganti.
'Mungkin ni hari terakhir along bersama dengan adik2 along, jagalah ma dengan abah. Jangan nakal. Kesian ma, abah.'
Aku bisikkan di telinga masing2 dan saat itu, kembars mula nangis-nangis. Kata ma, mungkin sedih kerana along akan meninggalkan mereka dan berjumpa semula dengan kembars tiga bulan dari sekarang. Maknanya, kembar dah besar, dah masuk 3 bulan.
Sepanjang perjalanan tu saya hanya menyepi. Sedih bukan kepalang tinggalkan family especially kembars. Dalam hati rasa nak suruh abah drive pelan pelan, biar lambat sampai kat sana atau pusing balik rumah semula dan ambik kembars kat rumah tokwan. Serious saya belum puas main dengan kembars.
Sampai kat sana orang dah ramai giler. Bukak beg dan ambik surat PLKN, bersedia untuk pegi daftar. Nak sampai kat dewan, abah tanya IC mana? Dengan selamba badak air aku cakap tertinggal dalam kereta. Abah pusing balik ke kereta dan aku buat buat tak tahuu aje dengan muka 'comel' abah tu. Haha. Tiba giliran aku, cik tu tanya 'adik nak sambung belajar ke?' aku angguk ah. Then dia suruh ke kaunter sebelah khas untuk penangguhan PLKN. Lepas isi borang penangguhan, cik tu cakap bla.. bla.. bla.. bla.. Tapi apa yang buat aku tekejut letrik, bila dia cakap kalau adik nak sambung belajar, adik kena tangguh dulu PLKN.
Aku cakap kat abah dan abah pun call Cikgu Mat then Cikgu Mat call pulak Cikgu Ma Hussin, guru form 6 (paham tak ayat aku), tanya boleh tak nak tangguh dulu form 6 sebab nak habiskan PLKN dulu then baru masuk form 6 balik. Tapi diaorang cakap tak boleh sebab bermula this year, form 6 dah berubah format, pakai semester. Sebab naik semester, exam and bla.. bla.. bla jadi rugi ah budak PLKN yang nak masuk form 6 tu, banyak ketinggalan dan banyak yang kena kejar.
Aku call Noha dan Waa tapi diaorang baru sampai kat tempat berkumpul di Guntong. Aci ah diaorang kena kat tempat sama di Kuala Krai. Aku je tercampak kat Temerloh. K tunggu dia daftar bla bla. Lepas tu call balik, tanya apa yang patut buat sekarang ni, serious aku rasa macam cicak kepanasan. Dah tu menangis macam dia sorang je yang confuse. Adik aku, Syamin buat muka slenge gelakkan aku. Ceh. Gelak ah kau banyak2 sebab bukan kau yang kena.
Then Noha call balik lepas dia call Cikgu Kuman dan Cikgu Rosmaaizam. Dia cakap boleh tangguh dulu form 6 dan teruskan je PLKN. Masa tu aku dah pegi kaunter penangguhan dan dah tangguh PLKN. Aku cakap kat abah then abah call balik Cg Mat. Tapi jawapan tetap samaaa, tetap tak boleh naik form 6 sekiranya teruskan jugak PLKN. Aku cakap kat Noha pasal apa yang Cg Mat cakap tu, tapi diaorang tetap nak teruskan gak PLKN. Lantek ah. Tapi serious aku cakap aku berbelah bahagi gila. Form 6 aku nak masuk, dalam masa yang sama PLKN pun nak pegi gak. Aku dah deciced nak tangguh PLKN. Pulsetop. Takut gak kalau betul2 takleh naik form 6. Naik form 6 dulu buat sementara waktu sebelum dapat tawaran mana2.
Aku betul betul rasa putus angin sesangat. Sebabnye? :
1 - Tak dapat pegi PLKN sebab aku nak habiskan terus, taknak dah main tangguh tangguh.
2 - Aku dah beli beg sandang besoo.
3 - Dah beli ubat demam, ubat selesema, ubat batuk, cak kapak cap parang cap cap kelicapp.
4 - Dah beli Mentos, Oreo, Air Action Mentos, Darry's Fancy, Toblerone untuk mencekik dalam bas.
K. Balik. Noha and Waa dah bertolak ke Kuala Krai. Suka hatiii engko le janji kau bahagia. Sampai rumah, layan kembars jap then online. Lepas tu kan kan, dapat call dari Noha. Pelik gak kenapa call. Takkan baru sampai dah rindu kot? Pui. Then dia tanya ada kat mana? Aku cakap la ada kat umah. Pastu dia cakap TERPAKSA BALIK semule kat umah sebab pihak kat sana tak bagi pelajar yang ingin sambung belajar teruskan mengikuti latihan PLKN. Mak aih aku terkejut giloo. Suara dia pun rasa macam suara Ella zaman muda2 dulu. Nak gelak tapi tahan. Tu la, cakap aku taknak dengar.Bila sampai kat sana tu mula ah kena balik sini semule.
Malam sebelum bertolak ke stadium tu, aku de hantar text kat Dinie, Pykah, Eyra and so on.
From Dinie :
"Miss you too. Take care love."
From Pykah :
"Jage diri neh duk jauh tu, lambat pulok ah nok jupe. K jage diri tu. I will miss you and love you."
From Tex :
"Saya akan merindui awak untuk hari esok dan seterusnya. Jaga diri ye, Izzah."
(Ye, Izzah juga akan merindui abang Hariz walaupun Izzah tak jadi pegi sana)
From Aini :
"Selamat jalan :)"
and for the last, from person that i heart so much :
''Fazira. I will miss you. Sebenarnya, saya tengok doh video hok kito tuh pagi tadi. Sajo wat ilang puah. And i will miss ur joke. Massage terakhir dari saya, awok adalah sahabat terbaik bagi saya."
And guys, what she reply to me?
"Cis... kenapa kau jiwang sangat??? Aku benci air mata.. Hahaha. K i will miss you too. Bye kawan :') "
- Eyra -
Air mata aku takyah cakap ah bila baca text dari dia. Aku pun taktau ah kenapa aku jadi orang yang terlalu sensitive bila dengan dia. Dengan dia je tapi dengan orang lain tak. Kau buat apa kat akuuu, Fazira anok Jafri? Sebab apa saya jadi gini? Sebab saya sayang awok, anok Jafri. Kemah keming.
And pagi tu lepas sampai je kat stadium, dapat satu lagi message from her.
"Shamila. Pesanan terakhir dari diriku kepada dirimu. Jaga diri molek denung. Semoga dapat menyesuaikan diri. Oh, sebelum terlupa, ummi and the geng kirim salam. Kita jumpa 3 bulan dari sekarang. InsyaAllah. Bye2. Salam."
"Shamila. Pesanan terakhir dari diriku kepada dirimu. Jaga diri molek denung. Semoga dapat menyesuaikan diri. Oh, sebelum terlupa, ummi and the geng kirim salam. Kita jumpa 3 bulan dari sekarang. InsyaAllah. Bye2. Salam."
Kay segala ayat jiwang bawang tu semua adalah atas rasa kasihan mereka hahahaha tapi.. dok jadi staram gi PLKN. Sian ye awok awok semua sebab mem'prabihkan' (ayat iban apa ni) kredit awok tuh untuk hantar text kat saye. Sesungguhnya, hanya Allah S.W.T sahajalah yang dapat membalas jasa kalian. Hahahaha.
Thanks girls :*
* Balik tu mikir gok bakpo pengurusan kat tempat berkumpul Noha and Waa gitu. Sapa baru sapa denung baru oyap. Dok ahu ah kalu yo saloh dengar ke gapo. Pelik aku. Tapi kalu baco mula gapo hok aku post kat fb and kata-2 madah pujangga dari awok mung, sero lucu tlajok amat. Hahaha suko sore ambo. Tapi gano gano pom, janji sapa dumoh. Weeeww ! *
* Balik tu mikir gok bakpo pengurusan kat tempat berkumpul Noha and Waa gitu. Sapa baru sapa denung baru oyap. Dok ahu ah kalu yo saloh dengar ke gapo. Pelik aku. Tapi kalu baco mula gapo hok aku post kat fb and kata-2 madah pujangga dari awok mung, sero lucu tlajok amat. Hahaha suko sore ambo. Tapi gano gano pom, janji sapa dumoh. Weeeww ! *
Mylla Teukie






